Watak antagonis
Adu Du (Anas Abdul Aziz): Watak antagonis utama siri ini, Adu Du merupakan makhluk asing yang berasal dari suku sakat Ado Doi di planet Ata Tatiga yang berkepala kotak. Dia menjalankan misi pencarian koko yang dianggap oleh bangsanya sebagai komoditi berharga. Dia dipanggil 'Incik Boss' oleh Probe dan Komputer.
Probe (Anas Abdul Aziz): Robot prototaip yang gagal dalam ujian di Ata Tatiga. Dia dicampak keluar dari makmal ujian sebelum dibaiki oleh Adu Du. Selepas kejadian tersebut, mereka seperti tidak boleh dipisahkan lagi.
Komputer (Yvonne Chong Shin Vun): Komputer analisa ciptaan Adu Du yang diperbuat daripada pelbagai model komputer dan sabut kelapa.
Raksasa Tidur (Anas Abdul Aziz): Musuh kepada Papa Zola yang berbentuk seperti dinosaur dan mampu membuat lawannya tidur dengan kuasa-kuasa sakti. Dia telah dikalahkan oleh BoBoiBoy di dalam dunia mimpi.
Bago Go (Nizam Razak): Penjual barangan senjata Haram di Planet Ata Tatiga. Licik dan bijak orangnya. Dia yang menjual kapal angkasa Adu Du kepada Ejo Jo dengan harga yang mahal.
Ejo Jo (Noriman Saffian): Komander jeneral Planet Ata Tatiga. Merupakan jiran sebelah Adu Du di planet Ata Tatiga dan selalu membuli Adu Du. Apabila mendapat tahu bahawa kapal angkasa yang dibelinya merupakan milik Adu Du, dia pula yang cuba untuk mendapatkan koko di bumi.
No comments:
Post a Comment