BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Mohd. Nizam Abd Razak bersama tiga rakan lain[5] (Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin)[6], setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production, syarikat yang pernah diasaskan oleh Nizam dan Safwan dulu dan terkenal kerana menghasilkan siri animasi Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang pernah diarah oleh Nizam. Syarikat Animonsta beroperasi di MAC3, fasiliti pengeraman pembangun kandungan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) di Cyberjaya.[7]
Konsep asal cerita BoBoiBoy berkisarkan makhluk asing yang tiba ke Bumi lalu ketagih akan kopi dan mahu menyaingi keenakan kopi yang dihidangkan di kedai kopi datuk kepada watak utama.[5] Tidak lama kemudian, konsepnya diolah semula kepada serangan makhluk asing ke Bumi untuk memburu koko, "kerana ia lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak".[8]
Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakatpelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin & Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini, iaitu BoBoiBoy.[6]
No comments:
Post a Comment