Tuesday, 14 January 2014

Episod

Musim Pertama (2011)[sunting | sunting sumber]

Perhatian: Setiap episod lamanya 11 minit. TV3 mengisikan dua episod dalam slot setengah jam Ahad 7 malam.
TajukTarikh siaran pertama
"Episod 1 & 2"13 Mac 2011
BoBoiBoy menaiki tren ke pekan Pulau Rintis untuk membantu datuknya, Tok Aba menjaga kedai kokonya, Tok Aba's Kokotiam. Pada masa yang sama, ketibaan satu kapal makhluk asing yang dimiliki oleh Adu Du di atmosfera bumi. Dia merancang serangan ke atas Bumi untuk memburu koko sebagai bekalan tenaga. Pada keesokan harinya, BoBoiBoy mengikut nota yang ditinggalkan oleh Tok Aba untuk ke kedai Tok Aba. Ketika berada di hadapan luar rumah, dia berkenalan dengan Yaya yang menawarkan diri untuk membawa BoBoiBoy ke kedai Tok Aba tapi dia menolak. Akibat itu dia terpaksa bersusah-payah ikut jalan panjang ke Tok Aba's Kokotiam, padahal tempat tersebut hanyalah berjarak dekat. Di situlah BoBoiBoy bertemu dan berkenalan dengan Gopal, Ying dan Yaya. Sedang elok mereka bersembang tiba-tiba kaca TV dalam kedai Tok Aba bertukar siaran dengan pengumuman oleh Adu Du yang ingin menguasai bumi.
Pengumuman Adu Du tidak diendahkan oleh penduduk bumi. Selpas itu, Adu Du mengarahkan Probe, robot pembantunya untuk mencari koko bagi menghidupkan bola kuasa. Sewaktu Tok Aba berjauhan dari kedai, Probe datang mencuri serbuk koko Tok Aba. Tindakan dia diamati oleh BoBoiBoy yang kemudian terus mengejarnya hingga ke dalam kapal angkasa Adu Du. Bola kuasa dapat dihidupkan setelah dicampur dengan sedikit koko Tok Aba. BoBoiBoy menyaksikan perkara ini di sebalik ruang pengudaraan bilik kuasa Adu Du tetapi tidak memahaminya. Setelah Adu Du keluar bersama yang lain, BoBoiBoy mengambil kesempatan untuk ambil koko Tok Aba dan berlalu pergi dari kapal itu. Tetapi malangnya dia bertembung dengan Adu Du ketika hendak keluar dan terus pecut, tanpa menyedari bola kuasa mengekorinya. Pada malam hari, "bola kuasa" itu memperkenalkan diri sebagai Ochobot, sebuah robot yang baik, dan telah memberi kuasa unsur petir, angin dan tanah kepada BoBoiBoy melalui pemakaian sebuah jam tangan. 
"Episod 3 & 4"20 Mac 2011
BoBoiBoy berlatih bersungguh-sungguh untuk menghafal langkah-langkah menghasilkan Keris Petir, Pusaran Angin dan Tanah Tinggi kesan pemberian kuasa Ochobot. Ochobot menjanjikan 'kuasa terkuat' kepada BoBoiBoy apabila dia hendak memberitahu kawan-kawannya mengenai kuasa barunya. BoBoiBoy disuruh oleh Ying dan Gopal supaya menjauhi Yaya yang datang bersama biskutnya, tetapi budak baru itu mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Apabila BoBoiBoy hendak menunjukkan kuasa-kuasanya kepada rakan-rakan, ia tidak menjadi pula sehingga biskut Yaya pun dipersenda.
Tiba-tiba, Adu Du muncul bersama Probe untuk mengganas di pekan Pulau Rintis. BoBoiBoy menunjukkan kuasanya dan berhasil menyelamatkan kawan-kawannya. Ochobot juga dibawa ke sana untuk memberikan kuasa super kepada Ying, Yaya dan Gopal. Ying mendapat kuasa pecutan (yang terganggu apabila dia bersin); Yaya mendapat kuasa terbang dan kekuatan super, tetapi Gopal tidak tahu kuasanya, Ochobot lupa apa kuasa yang diberikan kerana terhentak ketika dibaling oleh BoBoiBoy. Setelah selesai bertarung dengan Adu Du, Ying dan Yaya mencuba kuasa mereka untuk membantu penduduk setempat. Tok Aba's Kokotiam diserang pula oleh robot hamba Adu Du, sekaligus membuka satu lagi peluang untuk BoBoiBoy dan kawan-kawan memanfaatkan kuasa baru mereka. 
"Episod 5 & 6"27 Mac 2011
Gopal masih tertanya-tanya apakah kuasa luar biasa yang diperolehnya dari Ochobot kerana Ochobot masih lupa. Oleh itu, dia mendapat bantuan BoBoiBoy untuk menguji kebolehannya supaya dia mendapat tahu juga kuasanya. Kehebatan BoBoiBoy tetap menjadi intipan Adu Du yang menghantar Multi-Monster, raksasa ciptaan Komputer Adu Du yang boleh berpecah menjadi berbilang ekor sekiranya kalah teruk sekali, untuk memakan adiwira kecil itu.
Rancangan Multi-Monster itu gagal apabila ia berpecah menjadi puluhan makhluk kecil. Oleh itu, Adu Du terpaksa mencari jalan lain untuk mengalahkan BoBoiBoy, iaitu menculik rakan-rakan BoBoiboy. Mereka berjaya menangkap Ying yang berkuasa pecutan dengan tipu helah Probe, tetapi Gopal masih tidak tahu kuasanya lagi. 
"Episod 7 & 8"3 April 2011
Setelah Ying ditangkap, BoBoiBoy dan Gopal syak bahawa Yaya menjadi sasaran seterusnya. Sangkaan itu nyata betul, dan Yaya terpaksa bertungkus-lumus menangkis serangan Adu Du dan konco-konconya, tetapi kelincahan Yaya tidak berpanjangan dan akhirnya dia pun ditangkap. Tok Aba mencadangkan agar Gopal dijadikan umpan untuk berpura-pura ditangkap, supaya kemudian dia boleh membuka pintu dalam kapal angkasa musuh untuk BoBoiBoy masuk. Malangnya, rancangan itu tidak berjalan dengan begitu lancar disebabkan kelalaian Gopal.
Kuasa Gopal akhirnya terserlah apabila dia berjaya menukarkan senjata dan bom Adu Du menjadi makanan dengan menyentuhnya sambil berasa penuh ketakutan. Akhirnya, BoBoiBoy menceroboh masuk kapal angkasa Adu Du dan menyelamatkan kawan-kawannya. Gopal mendaratkan kapal angkasa dengan menukarkan seluruh ruang dalaman menjadi makanan, setelah ditakutkan oleh wajah seram Multi-Monster yang datang untuk membantu. 
"Episod 9 & 10"3 Julai 2011
BoBoiBoy menggunakan Kuasa Tiganya untuk mempercepatkan tugas menghantar koko untuk Tok Aba, walaupun ditegah oleh Ochobot. Akibat daripada menggunakan kuasa itu terlalu lama, ketiga-tiga pecahan BoBoiBoy menghadapi masalah daya ingatan yang serius sehingga terlupa untuk membawa koko ke rumah pelanggan ataupun pergi ke tempat yang salah.
Adu Du dan Probe sekali lagi menerjah warung Tok Aba dengan penyamaran bagi mencuri buku resipi Tok Aba. Mujurlah Gopal, Ying dan Yaya datang untuk menyelamatkan keadaan, tetapi musuh mereka nyata terlalu kuat dan cukup bersiap sedia. BoBoiBoy pun memasuki pertempuran ini dan berpecah jadi tiga lagi, walaupun masalah ingatannya belum pulih. Adu Du berjaya merampas buku resipi dan satu pecahan BoBoiBoy yang berkuasa petir. 
"Episod 11 & 12"17 Julai 2011
BoBoiBoy Petir berada di dalam tahanan Adu Du dan diseksa dengan cara yang luar biasa, iaitu memecahkan belon sebiji demi sebiji kerana BoBoiBoy takut akan bunyi belon pecah. Setelah 'diseksa' secukupnya, BoBoiBoy Petir meradang lalu bertukar rupa menjadi lebih bengis iaitu BoBoiBoy Halilintar. Disebabkan masalah ingatan yang tidak pulih, Adu Du dan konco-konconya berjaya menipu dan menghasutnya supaya bersubahat dengan mereka. Buku resipi yang dicuri Adu Du rupanya hanyalah buku catitan senarai hutang pelanggan Tok Aba.
BoBoiBoy Halilintar akhirnya kembali di rumah Tok Aba untuk mengucar-kacirkan dua pecahan BoBoiBoy yang lain dan kawan-kawannya dengan gelaran barunya iaitu "Ada Da". BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan dan menyedarkan BoBoiBoy Halilintar sehingga dia pulih semula. Mereka bertiga bercantum kembali menjadi satu. 
"Episod 13 & 14"31 Julai 2011
Setelah leka bermain permainan video berjam-jam lamanya, BoBoiBoy dan Gopal disedut masuk ke dalam permainan itu dalam satu lagi rancangan jahat Adu Du. Lebih-lebih lagi, mereka tidak boleh bergerak sendiri dalam permainan, maka Ochobot dan Tok Aba terpaksa menolong mereka dengan mengawal gerak-geri mereka untuk mengatasi semua rintangan sampai peringkat akhir.
Tok Aba keletihan mengawal watak Gopal kuat-kuat, maka Ochobot memanggil Yaya yang pandai bermain ke situ untuk menolong mereka menghabiskan permainan. Di peringkat akhir, mereka berdua berdepan dengan Probe dengan bentuk barunya, iaitu Super Duper Probe. Sedang mereka bermain, Yaya berhenti bermain kerana telah mencapai 30 minit masa bermain dia untuk sehari. Tok Aba terkejut dan kemudiannya menelefon dan memujuk mak Yaya untuk memberi kebenaran Yaya bermain 15 minit tambahan lagi. Pada peringkat akhir permainan, Yaya tidak berani untuk meneruskan lagi kerana tidak pernah berjaya sampai takat itu. Ying kemudian dipanggil untuk membantu menyelesaikan pengembaraan BoBoiBoy dan Gopal menentang Adu Du di alam permainan video. Mereka berjaya menang dalam cabaran di alam maya itu dan keluar dari permainan dengan terbawa seorang 'tetamu istimewa'. 
"Episod 15 & 16"20 November 2011
Papa Zola si adiwira cereka yang terkeluar dari permainan video mengambil peminat setianya, Gopal sebagai anak muridnya. Sementara itu, Raksasa Tidur yang terkeluar dari permainan itu muncul di kapal Adu Du dan dijadikan senjata baru makhluk asing durjana itu. Setelah Papa Zola pengsan kerana makan biskut Yaya, terpaksalah BoBoiBoy dan kawan-kawan melawan penjahat dari alam maya yang berkuasa melancarkan gelombang, perisai dan buih-buih mimpi yang membuat mangsa-mangsanya tidur.
Raksasa Tidur nampaknya berjaya dikalahkan, tetapi Tok Aba, Ochobot, Ying dan Yaya terperangkap dalam buih-buih mimpi yang ditinggalkan makhluk jahat itu. Papa Zola selaku tok guru Gopal menyuruh anak buahnya menukarkan balik buih-buih mimpi yang tak terpakai itu daripada bentuk cekodok gergasi, kerana satu-satu cara untuk membebaskan kawan-kawan mereka adalah mengalahkan Raksasa Tidur dalam mimpinya. Walaupun berat hati pada mulanya, namun Gopal diberi rangsangan oleh tok guru dia untuk mengasah kuasa supernya. Dengan itu, BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola masuk ke dalam buih-buih mimpi untuk memasuki mimpi Raksasa Tidur dan bertempur dengannya. 
"Episod 17 & 18"27 November 2011
Demi menyelamatkan kawan-kawan BoBoiBoy daripada perangkap mimpi, Papa Zola mencabar Raksasa Tidur untuk bermain dam (yang mana BoBoiBoy, Adu Du dan lain-lain terikat pada buah dam), tetapi Papa Zola sendiri tidak pandai bermain dan dengan mudah kalah dalam pusingan pertama kepada Raksasa Tidur, si johan lima kali "Liga Dam Raksasa". Mujurlah Tok Aba sempat bangun untuk menggantikan Papa Zola untuk melawan Raksasa Tidur dengan kemahiran damnya.
Tok Aba dan Raksasa Tidur bersaing sengit dalam perlawanan dam yang sampai ke pusingan ketiga. Kehebatan Tok Aba dalam permainan dam memaksa Raksasa Tidur bermain tipu sebagai jalan akhir. Setelah dikalahkan dalam permainan dam itu, dia akhirnya naik berang dan mengganas dalam mimpinya sendiri. BoBoiBoy menyelamatkan keadaan dengan membesar jadi gergasi dengan tali pinggang Papa Zola dan mengalahkan Raksasa Tidur untuk menyelamatkan semua kawan-kawannya daripada igauan ngeri mereka ini. 
"Episod 19 & 20"4 Disember 2011
Atas suruhan Adu Du, Probe mencuri sekantung surat peminat BoBoiBoy lalu membacakan dan menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh peminat-peminat BoBoiBoy. Ini berterusan sehingga Adu Du masuk ke bilik. Probe dimarahi oleh Adu Du kerana tidak menjawab dalam cara yang dikehendakinya iaitu mengguris perasaan para peminat BoBoiBoy. 
"Episod 21 & 22"11 Disember 2011
Yaya meminta pertolongan BoBoiBoy untuk membuat biskut sempena Hari Biskut Sedunia. Dengan rasa berat hati, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga supaya hanya salah seorangnya menolongnya. Adu Du mengambil kesempatan ini dengan mengumpan BoBoiBoy Angin dengan susu kambing palsu sebagai ramuan biskut yang boleh melampaukan perasaan.
Sebelum mengedar biskut buatan Yaya itu, BoBoiBoy angin merasa satu keping biskut tanpa menyedari kesan yang bakal dihadapinya. Biskut istimewa Yaya diedarkan oleh BoBoiBoy Angin telah menyebabkan hampir semua penduduk pekan Pulau Rintis gila. Paling teruk, BoBoiBoy Angin telah terlalu banyak makan biskut tersebut sampai menjadi gembira tak terhingga. Akibat itu dia bertukar ke kuasa baru iaitu "BoBoiBoy Taufan". 
"Episod 23 & 24"18 Disember 2011
BoBoiBoy Taufan mengganas di perkarangan Warung Tok Aba dengan memaksa Adu Du makan biskut Yaya, kemudian bergaduh sengit dengan BoBoiBoy Halilintar. Mujurlah Ochobot berjaya menenangkan BoBoiBoy Taufan dengan mempertontonkan telenovela yang menyayat hatinya setelah ditahan oleh kuasa BoBoiBoy Tanah. Sementara itu, setelah dirawat oleh Probe kerana emosinya dipengaruhi biskut tercemar, Adu Du memanggil seorang penjual senjata haram ke kapalnya.
Bago Go, si penjual senjata haram itu terkenal dengan kelicikan dan harga-harga barangannya yang mencekik darah. Harga yang ditawarkan olehnya telah membuat Adu Du pengsan. Kependekan akal Probe nampaknya memburukkan keadaan lagi apabila dia menggadaikan kapal angkasa Adu Du demi sudip elektrik. Apa yang menariknya, pembelian tersebut datang bersama pakej robot misteri. Kemarahan Adu Du terubat dengan pakej robot misteri itu. Ketika itu juga Gopal, Ying dan Yaya dapat tahu yang BoBoiBoy akan pulang semula ku rumahnya di bandar. 
"Episod 25 & 26"25 Disember 2011
BoBoiBoy dipujuk oleh rakan-rakanya supaya kekal di Pulau Rintis, tetapi kemudian dikacau oleh Adu Du yang telah menghidupkan Robot Pemusnah Mukalakus dengan lebihan koko Tok Aba. Dia dengan mudah menumpaskan kawan-kawan BoBoiBoy. Mukalakus kemudiannya kehabisan kuasa ketika ingin menyerang BoBoiBoy yang sedang ingin berpecah tiga. Ketika itulah, BoBoiBoy Halilintar dan Taufan mengambil kesempatan membelasah Mukalakus seteruknya. Di saat kekalahan Adu Du, Ochobot dirampas oleh Probe. Dia disumbat ke dalam kotak punca kuasa Mukalakus sebagai sumber kuasa utama. Mukalakus bangkit kembali dan berjaya mengalahkan 2 peringkat tertinggi BoBoiBoy. BoBoiboy tanah meminta belas ihsan Adu Du untuk tidak melakukan lagi kecedaraan kepada rakan-rakannya tetapi tak diendahkan oleh dia. Kerana terlalu ingin menyelamatkan kawan-kawannya itu, BoBoiBoy Tanah bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa. Perlawanan antara Mukalakus dan BoBoiBoy Gempa menjadi sengit sehinggalah 2 lagi pecahan BoBoiBoy menawarkan diri untuk mengalahkan Mukalakus bersama. Akhirnya Adu Du kalah dan Ochobot dikembalikan semula. 
""Extended Finale""1 Januari 2012
Sama seperti episod 25 dan 26 dengan tambahan beberapa minit ucapan selamat tinggal dan klu pratonton musim kedua BoBoiBoy.
Dalam versi extended ini, 3 hari selepas kejadian dalam episod 26, Tok Aba menghantar BoBoiBoy ke stesen keretapi yang kemudiannya disertai oleh rakan-rakan BoBoiBoy untuk sama-sama mengucapkan selamat tinggal. Ketika BoBoiBoy masuk ke dalam tren, dia berselisih dengan seorang budak lelaki misteri yang keluar dari tren tersebut. Dia dikatakan akan mejadi watak baru bagi BoBoiBoy musim 2. Latar berubah 6 bulan kemudian di Sekolah Rendah Pulau Rintis dengan kehadiran pelajar baru dalam kelas. Ying, Yaya dan Gopal terkejut kerana pelajar baru tersebut adalah BoBoiBoy. 

Musim Kedua (2012)[sunting | sunting sumber]

Musim Kedua siri animasi Boboiboy akan bersiaran di TV3 pada hujung bulan Mei 2012. Musim ini kali ini terdiri daripada 13 episod setengah jam.
TajukTarikh siaran pertama
"Episod 1"27 Mei 2012
BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis untuk bersatu dengan Tok Aba dan kawan-kawannya yang dirindui sejak meninggalkan pekan itu enam bulan sebelumnya (di episod akhir musim pertama).
Di sekolah barunya, Gopal berpesan kepada BoBoiBoy supaya jangan melewati sebuah 'rumah berhantu' di pekan ketika berjalan ke sekolah. Walau apapun, BoBoiBoy mengabaikan pesanan Gopal dan memberanikan diri untuk memasuki perkarangan rumah usang itu, lantas menemui suatu lembaga misteri. 
"Episod 2"3 Jun 2012
Di Tok Aba's Kokotiam, bapa Gopal berjam-jam menceritakan kepada BoBoiBoy dan Tok Aba tentang rumah berhantu itu. Ini hanya merangsang lagi BoBoiBoy untuk mendekati semula rumah itu, dan mengajak sekali Gopal. Probe juga berminat dengan rumah hantu itu dan mengajak Adu Du pergi ke sana sekali untuk memburu hantu.
Seperti yang dijangka, BoBoiBoy bersua semula dengan musuh lamanya dalam rumah berhantu itu. Akan tetapi, perbalahan mereka dicelah oleh Fang, seorang rakan sekelas yang sudah lama cemburu dengan BoBoiBoy gara-gara gosip di kelas sebelum mereka bertemu. Fang memperlihatkan kuasa kegelapan yang menandingi kuasa-kuasa tiga elemen milik BoBoiBoy. 
"Episod 3"10 Jun 2012
Papa Zola mengajar Kelas Pendidikan Jasmani, dan mencabar BoBoiBoy dan Fang untuk berlumba membawa telur dalam sudu sebagai suatu cara untuk mendisiplin mereka yang menganggap sukan itu 'kebudak-budakan' dan 'tidak mencabar'. Dua lawan itu bersaing sengit di atas balapan sehingga sanggup menggunakan kuasa super mereka, tetapi perlumbaan berkesudahan dengan keputusan yang luar jangkaan dan menimbulkan rasa tidak puas hati Fang.
Setelah mendengar penjelasan Fang akan sebab-sebab dia begitu benci pada BoBoiBoy, Papa Zola mengaturkan sebuah perlawanan bola sepak antara BoBoiBoy dan Fang pada minggu hadapan. 
"Episod 4"24 Jun 2012
Seperti yang dijanjikan seminggu lalu, BoBoiBoy dan kawan-kawan (Gopal, Yaya, Ying dan Iwan) berentap dengan Fang (yang berpakat dengan Adu Du, Probe dan dua robot lain) dalam perlawanan bola sepak lima lawan lima. Perlawanan dikawal ketat oleh Papa Zola selaku pengadil agar tiada sesiapa menggunakan kuasa istimewa untuk bermain kasar, tetapi permainan bertukar kucar-kacir setelah Papa Zola dipengsankan oleh rembatan bola yang terlampau kuat . Pasukan Fang mengambil kesempatan dengan bermain kotor dan menggunakan kuasa menyebebkan pasukan Boboiboy terpaksa menggunakan kuasa sekali. Mereka hampir kalah tetapi dengan atas bantuan Iwan (atau kerana Fang tidak fokus dan mengambil perhatian) pasukan Boboiboy menang. Akhirnya, Papa Zola bangun daripada pengsan dan mendendakan Fang, Probe dan Adu Du (walaupun Probe dan Adu du tidak pergi ke sekolah tersebut.)
kerana bermain kotor dan mempengsankan Papa Zola 
"Episod 5"26 Ogos 2012
Boboiboy and Gopal menyiasat bagaimana Fang mendapat kuasa, mengapa Ochobot pengsan setiap kali dia melihat muka Fang dan mengapa dia membeli biskut Yayah setiap hari. Sebaliknya,Boboiboy, Gopal dan Fang diserang oleh kucing sewel Pak Senin Koboi kerana memlalui lorongnya menyebabkan mereka lewat ke sekolah. Oleh itu, mereka terpaksa mencuri masuk ke sekolah melalui pejabat guru kerana pagar sekolah dijaga oleh Yayah. Mereka berjaya masuk tanpa didenda kerana lewat ke sekolah tetapi mereka tetap didenda juga kerana melalui kawasan larangan iaitu di pejabat guru. Ketika mereka melaksanakan denda mereka, mereka telah ditembak oleh Probe dengan pistol Pengecil. Mujurnya, Probe lupa penyekkan mereka sebaik sahaja dia mengecilkan mereka. Boboiboy, Gopal dan Fang berada di padang sekolah dalam saiz sekecil seperti lalat. 
"Episod 6"9 September 2012
Dalam keadaan kecil halus akibat Pistol Pengecil Adu Du, BoBoiBoy, Gopal dan Fang berikhtiar untuk cepat pergi ke kedai Tok Aba untuk segera menjemput Ying dan Yaya untuk berpakat melawan musuh mereka. Akan tetapi, mereka harus melalui Lorong Pak Senin Koboi yang dikuasai oleh kucing sewel, maka Fang mencadangkan agar mereka membawa biskut sekali ke situ untuk menumpaskan kucing itu. Selepas itu, Yaya dan Ying membawa mereka ke Markas Kotak Adu Du untuk mencari penawar dan melawan musuh. 
"Episod 7"9 Disember 2012
BoBoiBoy bertanya kepada Fang mengapa Ochobot pengsan setiap kali dia melihat wajahnya, tetapi Fang tidak dapat menjawab kerana lupa. Setelah mendengar cadangan Probe tentang mengitar semula idea-idea lama, Adu Du memperbaiki dan memperbaharui Cecair Emosi X dari musim lepas kepada Pistol Emosi Y yang digunakan untuk menyongsangkan perwatakan kelima-lima musuhnya. 
"Episod 8"16 Disember 2012
BoBoiBoy, Ying, Yaya, Gopal dan Fang yang bertukar pelik perangai mereka akibat Pistol Emosi Y berarak ke Markas Kotak Adu Du untuk mencari penawar dengan bertemankan Ochobot. Di dalam markas, mereka berlima berhadapan dengan bilik seribu satu perangkap yang dipasang oleh Adu Du dan Probe, sementara Ochobot dan Fang beransur-ansur kembali mengingati bagaimana Fang memperoleh kuasanya dan juga punca Ochobot pengsan setiap kali dia melihat wajah Fang; setelah itu, kesan Fang pada Ochobot akhirnya pudar. 
"Episod 9"23 Disember 2012
BoBoiBoy dan kawan-kawan akhirnya merampas penawar dari Adu Du dan menewaskan musuhnya dengan Harimau Kitar dengan mudah. BoBoiBoy turut meminta maaf pada Fang atas syak wasangkanya selama ini. Sekali lagi kecewa atas kekalahannya, Adu Du dan Probe merancang untuk merampas gelombang siaran televisyen bernama MKHIPI atau Markas kotak hari ini dan Pagi ini untuk menyiarkan rancangan wawancara dengan niat untuk memfitnah BoBoiBoy atas segala kesalahan yang dibuat oleh wira muda itu padanya, termasuk juga menjemput Papa Zola. Akan tetapi, rancangan mereka kali ini tidak begitu menjadi... 
"Episod 10"30 Disember 2012
Adu Du terkejut untuk mengetahui bahawa Ejo Jo tahu tentang misi di Bumi. Adu Du cuba untuk memberi amaran kepada beliau mengenai BoBoiBoy dan rakan-rakan tetapi Ejo Jo berkeras untuk datang ke Bumi, mengatakan bahawa dia adalah benar-benar bersedia untuk berperang. 
"Episod 11"10 Mac 2013
Cikgu Papa telah mengumumkan bahawa ada peperiksaan matematik yang akan diduduki pelajar 5 Jujur selepas waktu rehat. Adu Du yang mengetahui mengenai hal tersebut melalui Probe telah menyamar sebagai seorang murid dan memasuki kelas 5 Jujur. Walaupun Boboiboy dan yang lain sudah mengecam Adu Du dan ingin membelasahnya, Papa Zola melarang mereka daripada berbuat demikian dan Adu Du telah diterima sebagai murid baharu dalam kelas tersebut. Dalam peperiksaan matematik sedang dijalankan, Adu Du mengucar-kacirkan keadaan dengan menggunakan mesin cuaca. Malangnya, kapal angkasa Ejo Jo telahpun tiba. 
"Episod 12"17 Mac 2013
Boboiboy dengan pemakai Jam Kuasa yang lain bersua muka dengan Ejo Jo untuk pertama kalinya dan Ejo Jo mengarah robot tempurnya, P.E.T.A.I. untuk menyerang Probe dan menghancurkan Probe. Yaya, Ying, Gopal, Papazola serta murid-murid kelas 5 Jujur kecuali Boboiboy, Fang dan Ochobot akhirnya ditangkap oleh Ejo Jo. Boboiboy,Fang dan Ochobot akhirnya terpaksa berundur. 
"Episod 13"24 Mac 2013
Boboiboy yang telah berpecah kepada tiga dalam bentuk tahap kedua telah bertungkus-lumus cuba mengalahkan robot P.E.T.A.I dan cuba menamatkan pertarungan dengan menggunakan Gerakan Kombo Boboiboy namun tidak berjaya menghancurkan perisai yang melindungi robot tersebut namun Fang telah mengeluarkan Naga Bayang dan berjaya menghancurkan lawannya itu, tetapi telah pengsan akibat menggunakan terlalu banyak tenaga. Akhirnya, Ejo Jo memasangnya perisainya sendiri untuk bertempur melawan Boboiboy. 


Watak antagonis

  • Adu Du (Anas Abdul Aziz): Watak antagonis utama siri ini, Adu Du merupakan makhluk asing yang berasal dari suku sakat Ado Doi di planet Ata Tatiga yang berkepala kotak. Dia menjalankan misi pencarian koko yang dianggap oleh bangsanya sebagai komoditi berharga. Dia dipanggil 'Incik Boss' oleh Probe dan Komputer.
  • Probe (Anas Abdul Aziz): Robot prototaip yang gagal dalam ujian di Ata Tatiga. Dia dicampak keluar dari makmal ujian sebelum dibaiki oleh Adu Du. Selepas kejadian tersebut, mereka seperti tidak boleh dipisahkan lagi.
  • Komputer (Yvonne Chong Shin Vun): Komputer analisa ciptaan Adu Du yang diperbuat daripada pelbagai model komputer dan sabut kelapa.
  • Raksasa Tidur (Anas Abdul Aziz): Musuh kepada Papa Zola yang berbentuk seperti dinosaur dan mampu membuat lawannya tidur dengan kuasa-kuasa sakti. Dia telah dikalahkan oleh BoBoiBoy di dalam dunia mimpi.
  • Bago Go (Nizam Razak): Penjual barangan senjata Haram di Planet Ata Tatiga. Licik dan bijak orangnya. Dia yang menjual kapal angkasa Adu Du kepada Ejo Jo dengan harga yang mahal.
  • Ejo Jo (Noriman Saffian): Komander jeneral Planet Ata Tatiga. Merupakan jiran sebelah Adu Du di planet Ata Tatiga dan selalu membuli Adu Du. Apabila mendapat tahu bahawa kapal angkasa yang dibelinya merupakan milik Adu Du, dia pula yang cuba untuk mendapatkan koko di bumi.
  •  

    Watak Protagonis




    Watak protagonis[sunting | sunting sumber]






    • BoBoiBoy (Nur Fathiah Diaz)[9]: Watak utama siri BoBoiBoy. Boleh memanipulasi unsur tanah, angin dan petir, dan berpecah menjadi tiga orang yang masing-masing menguasai satu unsur tersebut, iaitu BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Petir. Kesan daripada campur tangan Adu Du, ketiga-tiga jelmaan ini berubah menjadi bentuk dipertingkat, iaitu BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Halilintar. Tempat tinggalnya tidak diketahui. Apabila BoBoiBoy menggunakan lebih lama, BoBoiBoy akan jadi orang yang hilang ingatan.
    • Ying (Yap Ee Jean)[9]: Boleh berlari dengan kepantasan luar biasa dengan memanipulasi masa, tetapi akan kehilangan kuasanya apabila bersin.[10]
    • Yaya (Sarah Alisya Zainal Rashid)[9]: Memiliki keupayaan terbang di udara dan mengangkat barang yang amat berat dengan memanipulasi graviti. Suka menjual biskut tetapi tidak pandai membuat biskut yang sedap.
    • Gopal (Dzubir Mohamed Zakaria)[9]: Boleh menukarkan apa sahaja objek menjadi makanan dengan sekadar menyentuhnya dengan memanipulasi molekul, tetapi hanya dengan perasaan takut. Semakin Gopal takut, semakin hebat kuasanya. Dia juga boleh menukar kembali objek yang telah ditukar menjadi makanan kepada yang asal. Dia juga banyak berhutang dengan Tok Aba di kokotiamnya.
    • Fang (Wong Wai Kay): Diperkenalkan pada musim kedua. Mempunyai kebolehan untuk memanipulasi bayang. Dia menjadi watak antagonis pada permulaan episod kerana berebut populariti dengan BoBoiBoy. Selepas itu, dia menjadi watak protagonisapabila mula berkawan dengan BoBoiBoy.
    • Tok Aba (Muhammad Anas Abdul Aziz): Datuk kepada BoBoiBoy. Memiliki warung yang menghidangkan minuman koko.
    • Ochobot (Muhammad Fathi Diaz [Adik Fathiah]): Bola Kuasa yang dijana oleh kuasa koko, tetapi jatuh ke tangan BoBoiBoy sebaik sahaja diaktifkan. Memberikan kuasa kepada BoBoiBoy, Ying, Yaya, Gopal dan Fang, serta menjadi pembantu Tok Aba di Kokotiam.
    • Multi-Monster : Makhluk ciptaan Adu Du yang direka untuk mengalahkan BoBoiBoy yang boleh berpecah-pecah menjadi berbilang ekor. Apabila sudah berpecah menjadi semakin banyak, Multi-Monster semakin mengecil. Kemudian, Multi-Monster berpaling tadah dan sudi membantu BoBoiBoy dan kawan-kawan apabila dalam kesusahan. Di dalam episod surat peminat,Komputer memberitahu bahawa Multi-Monster sudah membina sebuah petempatan khas untuk diri mereka sendiri.
    • Papa Zola (Nizam Razak): Watak adiwira cereka bersifat kebapaan yang keluar dari alam permainan video ke alam nyata dan dijadikan tok guru kepada Gopal buat seketika. Di dalam episod surat peminat, Komputer memberitahu bahawa Papa Zolagagal setiap temuduga untuk mencari pekerjaan. Pada musim yang kedua, dia telah menjadi seorang guru Matematik dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Kebangsaan Pulau Rintis.

    Monday, 13 January 2014

    Penerbitan

    BoBoiBoy merupakan keluaran sulung Animonsta Studios, syarikat penerbitan animasi yang ditubuhkan oleh Mohd. Nizam Abd Razak bersama tiga rakan lain[5] (Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin)[6], setelah mereka meninggalkan Les' Copaque Production, syarikat yang pernah diasaskan oleh Nizam dan Safwan dulu dan terkenal kerana menghasilkan siri animasi Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang pernah diarah oleh Nizam. Syarikat Animonsta beroperasi di MAC3, fasiliti pengeraman pembangun kandungan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) di Cyberjaya.[7]
    Konsep asal cerita BoBoiBoy berkisarkan makhluk asing yang tiba ke Bumi lalu ketagih akan kopi dan mahu menyaingi keenakan kopi yang dihidangkan di kedai kopi datuk kepada watak utama.[5] Tidak lama kemudian, konsepnya diolah semula kepada serangan makhluk asing ke Bumi untuk memburu koko, "kerana ia lebih dekat dengan jiwa kanak-kanak".[8]
    Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakatpelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin & Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini, iaitu BoBoiBoy.[6]

    Musim kedua (2012-2013)

    Setelah enam bulan berpisah, BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis untuk bermastautin dan bersatu semula dengan kawan-kawannya yang dikenalinya sejak musim pertama. Di sekolah baru, dia sekelas dengan Yaya, Ying, Gopal dan seorang pelajar baru bernama Fang. Fang berdendam dengannya semata-mata kerana dalam enam bulan yang lalu, BoBoiBoy masih hebat diperkatakan di sekolah terutamanya oleh Gopal sehingga Fang yang merupakan pelajar paling popular di kelasnya tidak dapat menyaingi popularitinya. Bukan setakat itu, Fang juga memiliki kuasa super tersendiri iaitu mengawal bayang bagi tujuan menyerang dan mempertahankan diri. Di samping itu, kehadiran Fang (atau gambarnya) membuat Ochobot terenjat dalam badan.
    Maka bermulanya sebuah perseteruan yang dingin antara BoBoiBoy dan Fang yang mana mereka saling beradu kehebatan dalam sukan, pelajaran mahupun penggunaan kuasa super, namun ketegangan antara mereka dikawal oleh kawan-kawan mereka, terutama sekali Yaya selaku ketua darjah dan pengawas sekolah serta Papa Zola sebagai guru matematik dan pendidikan jasmani kelas mereka. Adu Du dan Probe turut masuk campur dalam hal antara BoBoiBoy dengan Fang, hinggakan perseteruan itu memuncak dengan sebuah perlawanan bola sepak antara BoBoiBoy dan kawan-kawan dengan Fang yang bergabung tenaga dengan geng Adu Du.
    Pada satu hari, Adu Du mengatasi BoBoiBoy sekawan dengan sejenis bahan kimia yang mengubah perangai mereka. Setiba markas Adu Du untuk memulihkan diri mereka, mereka bukan sahaja berjaya berbuat demikian malah mengetahui punca kuasa-kuasa Fang. Maka BoBoiBoy dan Fang mulai berbaik-baik, tetapi tetap bersaing.
    Akhir sekali, Bumi diancam oleh seorang lagi makhluk asing iaitu Ejo Jo iaitu seteru lama Adu Du yang jauh lebih licik dan menggerunkan daripada Adu Du sendiri. Pada pertemuan pertamanya dengan wira-wira Bumi, Ejo Jo begitu mengganas hingga Probe 'terkorban' dalam perang sementara kawan-kawan BoBoiBoy kehilangan kuasa super setelah jam tangan mereka dirampas oleh musuh baru yang kejam itu.

    Musim pertama (2011)

    BoBoiBoy yang berasal dari bandar datang ke Pulau Rintis sempena cuti sekolah untuk menolong datuknya, Tok Aba menjaga warungnya, Tok Aba's Kokotiam. Di sana, dia bertemu dengan kawan-kawan baru iaitu Yaya, Gopal dan Ying. Pada masa yang sama, datangnya Adu Du dan konco-konconya Probe dan Komputer dari planet Ata Tatiga ke Pulau Rintis untuk mencuri koko istimewa Tok Aba yang didapati sebagai sumber tenaga yang paling kuat. Setelah mengejar pencuri koko itu, BoBoiBoy berkawan dengan robot ciptaan Adu Du yang melarikan diri, iaitu Ochobot yang memberinya kuasa-kuasa elemen angin, tanah dan petir, serta kebolehan berpecah menjadi tiga orang dirinya yang masing-masing memiliki kuasa satu elemen tersebut.
    Dalam pertarungan antara BoBoiBoy dan Adu Du sepanjang cuti sekolah, kawan-kawan BoBoiBoy turut terlibat, maka Ochobot memberi Yaya kebolehan terbang dan angkat berat, Ying kebolehan memecut sepantas bunyi, dan Gopal menukar benda menjadi makanan. Demi menyaingi peningkatan kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawannya serta menyelesaikan misi mencuri koko, Adu Du bersiap dengan bermacam-macam taktik untuk meningkatkan kuasa dan pengaruhnya di Bumi, termasuk mengerah robot hamba, Multi-Monster dan menculik kawan-kawan BoBoiBoy demi kuasa mereka, tetapi semuanya gagal akhirnya.
    Adu Du mengambil kesempatan ke atas kelemahan terbesar BoBoiBoy ketika berpecah menjadi tiga, iaitu daya ingatan cepat terjejas jika berpecah terlalu lama, dan menculik BoBoiBoy Petir untuk dipicit dan diseksa. Seksaan ini membuat BoBoiBoy Petir tidak terkawal kemarahannya sehingga menjadi seorang 'hamba' Adu Du sendiri yang jauh lebih berkuasa daripada dahulu. Akan tetapi, "BoBoiBoy Halilintar" berjaya dijinakkan dan mudah diterima sebagai kuasa baru BoBoiBoy.
    Ketika leka bermain permainan video Papa Zola bersama Gopal, Adu Du menggodam permainan itu dan menyerap mereka berdua dalam alam permainan demi mengalahkan mereka dengan mudah. Rancangan Adu Du itu sekali lagi dipatahkan dengan bantuan Tok Aba, Yaya dan Ying, dan BoBoiBoy dan Gopal selamat keluar bersama wira permainan tersebut, Papa Zola, bersama musuh ketatnya Raksasa Tidur yang bersekongkol dengan Adu Du untuk memerangkap BoBoiBoy, Papa Zola dan kawan-kawan dalam alam mimpi. Oleh itu, mereka semua bertarung dalam permainan dam haji dalam alam mimpi Raksasa Tidur hingga berjaya demi kelangsungan hidup.
    Dalam cubaan seterusnya untuk mengetepikan saingan BoBoiBoy dan kawan-kawan, Adu Du menyamarkan sejenis cecair pengacau emosi dalam bentuk susu kambing sebagai umpan untuk BoBoiBoy yang diminta tolong membuat biskut bersama Yaya. Ketika itu, BoBoiBoy berpecah lagi dan BoBoiBoy Angin memikul tanggungjawab tersebut, dan dialah yang membubuh 'susu' itu dalam biskut Yaya. Sekali menguji biskut Yaya, BoBoiBoy Angin naik gila dan menyebarkan biskut-biskut ke merata pekan; makan sekali lagi, kuasanya meningkat lagi maka BoBoiBoy Angin bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan. Mujurlah BoBoiBoy Taufan dijinakkan oleh BoBoiBoy Halilintar dan kebijaksanaan Ochobot yang mengubati kegilaannya dengan telenovela.
    Masa hampir tiba untuk BoBoiBoy pulang ke tempat asalnya, tetapi Adu Du tidak mudah kalah dan berurusan dengan seorang penjual senjata haram sebagai langkah terdesak untuk menewaskan BoBoiBoy. Akan tetapi, urusniaga itu tidak berjalan dengan lancar sehingga Probe menggadai kapal angkasanya bagi pihak Adu Du demi sebuah robot pemusnah bernama Mukalakus yang dikuasakan dengan tenaga koko. Dalam pertarungan terakhir dengan Adu Du, seluruh geng BoBoiBoy nyaris tumpas di tangan mecha yang serba perkasa ini, tetapi BoBoiBoy Tanah sempat meningkatkan kuasa dalam keadaan tertekan menjadi BoBoiBoy Gempa, lengkap dengan raksasa tanah kawalannya yang cukup setanding untuk mengecundangkan ancaman terbesar yang pernah dihadapi mereka selama ini.

    Sinopsis boboiboy

    BoBoiBoy ialah sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia berkisarkan kisah seorang adiwira kanak-kanak yang berkuasa super dan mampu berpecah menjadi tiga, bersama rakan-rakannya melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing yang ingin menakluki Bumi demi memburu koko.


    Hai.. Selamat datang??

    Saya membuat blog ini untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh Puan Jamaliah Binti Ahmad..
    Saya berharap agar blog yang direka oleh saya mendapat sambutan hangat dan terus hangat dipasaran.. Sekian terima kasih.. :-)